Thursday, September 3, 2009

Muzium Samudera

Muzium Samudera memuatkan tentang semua maklumat tentang kapal Portugis. Ini juga adalah replika kapal perang Portugis "Flora de La Mear" yang menyerang Melaka pada 1511. Disini kita dapat melihat jenis-jenis kapal perang zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Melayu.
Anak-anak umi yang masih lagi ceria walaupun dah sehari suntuk berjalan. Ini adalah destinasi terakhir sebelum balik ke hotel. Kaki macam nak tercabut, tapi anak-anak umi masih lagi memberi sepenuh sokongan kepada umi yang nak cari bahan bantu mengajar yang real untuk anak-anak murid yang terlalu banyak semangat inkuirinya.

Adik kata patung tu dah macam hantu... Tidaklah sayang, itu adalah anak kapal yang bertugas di bahagian layar. Layar tu penting, kalau tidak, kapal tak boleh bergerak.


No comments:

Post a Comment