Wednesday, September 16, 2009

Lukisan

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tak pandai melukispun jadi pandai. Suruh abi lukis tak dapat- dapat lagi.
Gambar masa kat Dataran Pahlawan Melaka...

Saturday, September 5, 2009

Makam Tun Teja

Ini adalah perigi Tun Teja.

Tun Teja anadalah anak Sultan Pahang yang sangat jelita dan telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah. Apabila Melaka ditawan oleh Portugis, baginda telah berundur ke Bentayan, dan semasa inilah baginda gering dan mangkat. semasa peperangan antara Melaka - Portugis, Tun Teja telah berjuang untuk mempertahankan Melaka tanpa gentar.



Inilah makam Tun Teja yang dimakamkan di kawasan yang dikelilingi sawah.


Pintu gerbang ke Makam Tun Teja.




Thursday, September 3, 2009

Muzium Samudera

Muzium Samudera memuatkan tentang semua maklumat tentang kapal Portugis. Ini juga adalah replika kapal perang Portugis "Flora de La Mear" yang menyerang Melaka pada 1511. Disini kita dapat melihat jenis-jenis kapal perang zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Melayu.
Anak-anak umi yang masih lagi ceria walaupun dah sehari suntuk berjalan. Ini adalah destinasi terakhir sebelum balik ke hotel. Kaki macam nak tercabut, tapi anak-anak umi masih lagi memberi sepenuh sokongan kepada umi yang nak cari bahan bantu mengajar yang real untuk anak-anak murid yang terlalu banyak semangat inkuirinya.

Adik kata patung tu dah macam hantu... Tidaklah sayang, itu adalah anak kapal yang bertugas di bahagian layar. Layar tu penting, kalau tidak, kapal tak boleh bergerak.


Wednesday, September 2, 2009

Jalan-jalan kat Melaka

Gambar ni kat dalam pintu gerbang kota A Famosa. Kubu yang lain telah dirobohkan oleh British apabila mereka datang ke negara ini. Hanya pintu gerbag ini sahaja yang tinggal.

Melihat pintu gerbang ini, mengingatkan umi terhadap kekejaman Alfonso de Albuqueque terhadap orang Islam di Melaka. Alfonso ini juga telah merancang untuk mencuri jasad Rasulullah s.a.w semata-mata untuk mengugut khalifah kerajaan Islam tunduk kepada pemerintahan Kristian.

Meriam tinggalan Portugis. Meninggalkan 1001 kekejaman mereka. Nak tau? Kubu A Famosa yang dibina tu (sebelah abi, tak nampak dalam gambar) adalah hasil runtuhan masjid-masjid sekitar Melaka.


Anak Umi si Nur Ainul Mardhiah dah tak larat nak jalan. Abi terpaksa dukung sebab siri penjelajahan belum selesai lagi. Di puncak Bukit St Paul. Belakang kami tu adalah patung St Xavier yang dah terputus tangannya akibat kena serpihan bom masa Perang Dunia ke 2.








Kuat betul abi dan anak-anak Umi angkat kapal terbang... Yo!











Ni kat kepala kereta api lama. Sebenarnya dah kepenatan meround satu Banda Hilir. Mendedahkan anak-anak umi tentang pentingnya sejarah untuk hidup bebas dan merdeka... MERDEKA!













Jalan-jalan ke Melaka

Masa ni kat pintu masuk Bukit St Paul. Semput naik atas. Abang, kakak dan Ainul still steady masa ni. Anak-anak umi memang mempunyai semangat patriotik. Semuanya mempunyai ciri-ciri macam maknya... Suka meneroka. (erti kata lain..Kaki Jalan).


Kakak dan abang teringin nak naik beca ni. Tapi mahal betoi... RM40 sejam. Tapi aku bagi alasan, kesian kat Pak Cik yang kayuh beca tu. Dah tua, tak larat nak kayuh, lagi la kalau abi yang naik. Sebenarnya, budget boleh lari oooo...






Masa ni aku dan anak-anak berhenti sekejap di tepi jalan sebab terliur tengok durian yang dijual di sepanjang jalan. Tak boleh tahan beb. Perjalanan ke Melaka jauh lagi. Kakak Sufiah, anak kedua ku memang hantu durian.
Tapi abinya pesan, makan jangan banyak-banyak, kalau buang anging nanti paing satu kereta. 2 biji juga kami anak beranak makan.











Tuesday, September 1, 2009

Reformation

Baru ku tahu rupa-rupanya zaman ini menjadi satu zaman permulaan kepada Peperangan prejudis semata-mata untuk menyatukan umat manusia.