Monday, July 19, 2010

Pertandingan Mini Landskap MPPG











Pertandingan pada 28 Julai 2010... Tahniah kepada anak-anak didik yang memberikan sokongan dan juga kerjasama yang jitu bagi menjayakan mini projek ini....




Tahniah... Johan peringkat Majlis Perbandaran Pasir Gudang.




Wednesday, June 2, 2010

CERITA TENTANG IBU DAN ANAK...

Hati terkejut apabila melihat tulisan anak kecilku...
"Umi, kenapa kakak sering dipersalahkan apabila adik dan abang buat salah?"
"Kenapa kakak selalu kena suruh, sedangkan abang dan adik boleh tengok TV?"

Aku menggaru kepala apabila melihat catatan anak. Tahukah anak :
  • Umi penat seharian bekerja, perlu pembantu rumah, dan pembantu paling cekap adalah kamu, anakku
  • Umi sangat sayang pada kamu anakku, apabila semua yang disentuh oleh mu, menyenangkan hati umi mu ini
  • Kelincahan kamu, menghibur hati, melega kepenatan
  • Kamu anak yang taat dan semua yang disuruh dapat dilaksanakan dengan masa yang sangat singkat.
  • Kamu adalah anak perempuan, yang perlu umi didik agar tidak kekok membuat semua kerja rumah...
  • Tahulah... umi sangat sayang padamu...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Kebanyakan pelajar masih lemah dalam mengingat isi penting sejarah.
Bagaimana untuk mengingat ?
  1. Sambil membaca, cuba untuk mencatat isi penting dengan menggunakan kata kunci yang mudah. Nota yang dibuat hanya sesuai untuk diri sendiri dan tidak semestinya sesuai untuk orang lain.
  2. Apabila memilih buku rujukan, ambillah yang rasa dekat di hati. Tidak semua pengolahan pengarang sesuai untuk diri anda. Begitu juga dengan nota / modul yang diberi oleh guru.
  3. Buatlah peta minda, terutama yang berkait dengan kronologi peristiwa, contohnya peristiwa peperangan ataupun pembentukan negara.
  4. Rajin-rajinlah bertukar fikiran dan bertanya dengan guru setiap topik yang anda tidak faham.
  5. Kaitkan dengan persekitaran anda, Contohnya, gerakan nasionalisme di Thai tahap II, boleh dikaitkan dengan politik Thai sekarang. Kesan perang dunia I dan II, boleh dikaitkan dengan peperangan yang berlaku di kebanyakan negeri sekarang. Ataupun, cuba kaitkan dengan filem-filem, contohnya, cerita kung fu cina di kaitkan dengan Tamadun Hwang Ho dan sebagainya.
  6. Cuba berfikir di luar kotak ataupun berfikirlah di luar buku Teks.

Monday, January 18, 2010

Kampungku Syurgaku


Ni la Lubuk Tupah. Tak sampai 1 km dari rumah ibu mertuaku. Masa ni tengah panas giler.. So, berembam ala-alam badak berendam dapat mengubat kepanasan badan yang melanda.

Saturday, January 16, 2010

Lama Menyepi...


Lama betul tak menulis kerana dihambat kesibukan. Selamat bersekolah dan selamat bertugas untuk semua guru dan pelajar.


Untuk anak-anak umi, selamat melangkah ke sekolah dengan penuh semangat. Buat Ainul yang baru naik darjah satu... moga ini adalah permulaan yang cemerlang..

Wednesday, September 16, 2009

Lukisan

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tak pandai melukispun jadi pandai. Suruh abi lukis tak dapat- dapat lagi.
Gambar masa kat Dataran Pahlawan Melaka...

Saturday, September 5, 2009

Makam Tun Teja

Ini adalah perigi Tun Teja.

Tun Teja anadalah anak Sultan Pahang yang sangat jelita dan telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah. Apabila Melaka ditawan oleh Portugis, baginda telah berundur ke Bentayan, dan semasa inilah baginda gering dan mangkat. semasa peperangan antara Melaka - Portugis, Tun Teja telah berjuang untuk mempertahankan Melaka tanpa gentar.



Inilah makam Tun Teja yang dimakamkan di kawasan yang dikelilingi sawah.


Pintu gerbang ke Makam Tun Teja.